Salam Satu Malaysia.........

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA JENDERIS,21700 KUALA BERANG ,HULU TERENGGANU.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis telah dibina secara gotong-royong pada tahun1953 di Kampung Kuala Jenderis.Ia dibina hasil pemuafakatan penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Jenderis dan Kampung Chapu.

Menurut JKK Kampung Kuala Jenderis ,Tuan Haji Awang Bin Pipir , sekolah ini menjadi kebanggaan penduduk setempat.Dengan terbinanya sekolah ini, anak-anak penduduk kedua-dua kampung lebih mudah untuk ke sekolah kerana sebahagian besar penduduk berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang lebih jauh.

Salah seorang bekas murid sekolah ini telah mengharumkan nama SK Kuala Jenderis dengan berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. YB Rozi Bin Mamat , anak jati Kampung Chapu sekarang telah menjadi EXCO Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis sekarang terletak di lereng bukit betul-betul di persimpangan jalan menuju ke Empangan Kenyir Gawi, 27 kilometer dari Bandar Kuala Berang.Sekolah ini pernah mengharumkan nama Hulu Terengganu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2003 dengan muncul sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan. Ini membuktikan bahawa anak - anak penduduk Kampung Kuala Jenderis dan Kampung Chapu berupaya untuk maju ke hadapan

No comments:

Popular Posts